MUKJIZAT NABI YUNUS

MUKJIZAT NABI YUNUS
Menurut kedua-dua Al-Kitab dan Al-Qur’an, Hazrat Isa al-Masih melakukan banyak mukjizat-mukjizat yang ajaib semasa pelayanan singkat tiga tahunnya di bumi Palestin. Ramai orang Yahudi percaya kepadanya setelah menyaksikan keajaiban-keajaiban dan mukjizat-mukjizat yang dilakukan. Mahupun begitu, pemimpin-pemimpin rakyat Yahudi enggan percayakan dia dan walaupun mukjizat-mukjizatnya terkenal luas, mereka sering memaksanya untuk melakukan mukjizat, mahupun tanda dari syurga (Matius 16.1). Pada satu ketika, Hazrat Isa menjawab bahawa dia hanya akan memberi mereka satu mukjizat sahaja:

“Alangkah jahat dan derhakanya orang zaman ini! Kamu meminta Aku melakukan mukjizat? Tidak! Satu-satunya mukjizat yang akan ditunjukkan kepada kamu adalah mukjizat Nabi Yunus. Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan besar, demikian juga Anak Manusia akan tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi.”. Matius 12.39-40.
Nabi Yunus ialah satu daripada nabi-nabi bani Israil termasyhur, dan dia telah dipanggil Allah berkhabar kepada satu bandar Asyur iaitu Niniwe dan mengisytiharkan kemusnahan yang bakal menimpa. Akan tetapi Nabi Yunus melarikan diri di atas sebuah kapal ke Sepanyol, dan apabila angin ribut besar kencang memukul kapal, dia telah dibuang ke dalam laut lalu ditelan oleh seekor ikan besar. Namun, setelah tiga hari berada di dalam perut ikan, dia dimuntah hidup-hidup ke daratan lalu menuju ke bandar.

Hazrat Isa menggelar peristiwa tiga-hari di dalam perut ikan ini sebagai “Mukjizat Nabi Yunus” dan menyata bahawa itulah satu-satunya mukjizat yang rela diberinya kepada orang Yahudi yang enggan percayanya. Sekitar tahun 1976, Ahmed Deedat dari Islamic Propagation Centre di Durban menerbit sebuah risalah yang bertajuk “Christ was the Sign of Jonah?”. Tajuk itu mungkin membawa gambaran hasil penyelidikan teliti mengenai subjek tersebut kepada si pembaca. Akan tetapi, adalah didapati bahawa Deedat tidak sekali menjawab soalannya tetapi terus melancarkan serangan ke atas pernyataan Hazrat Isa itu dan berusaha untuk membidasnya. Hujah-hujahnya adalah berdasarkan dua andaian, iaitu sekiranya Nabi Yunus hidup sepanjang masanya di dalam perut ikan, maka Hazrat Isa sudah tentu masih hidup setelah diturunkan dari salib; dan jika Hazrat Isa disalibkan pada hari Jumaat dan bangkit pada pagi Ahad, maka dia tidak mungkin telah berada sepanjang tiga hari dan tiga malam di dalam kubur. Kita akan menimbangkan kedua-dua andaian ini menurut turutan dan selepas itu akan mengkaji secara menyeluruh subjek ini untuk mengenal apakah sebenarnya “Mukjizat Nabi Yunus” itu.

About these ads
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s