NABI YUNUS, SATU MUKJIZAT KEPADA PENDUDUK NINIWE.

NABI YUNUS, SATU MUKJIZAT KEPADA PENDUDUK NINIWE.
Dua peristiwa penting berlaku apabila Allah mengutus Nabi Yunus ke bandar Niniwe untuk memberi amaran kepada penduduk kota itu mengenai kemusnahan bandar itu kerana kejahatannya. Yang pertama telah kita pertimbangkan, iaitu pembuangan nabi ke dalam laut dan peristiwa dia berada di dalam perut ikan untuk masa tiga hari. Adalah berguna kepada kita sekarang untuk memerhatikan kisah tersebut mengikut cerita di dalam Al-Qu’ran dan membandingkannya dengan cerita di dalam Al-Kitab untuk memastikan setakat mana mereka bersetuju. Kisah di dalam Al-Qur’an membaca:

And lo! Jonah verily was of those sent (to warn). When he fled unto the laden ship, and then drew lots and was of those rejected; and the fish swallowed him while he was blameworthy; And had he not been one of those who glorify (Allah), He would have tarried in its belly till the day when they are raised. Then We cast him on a desert shore while he was sick; and We caused a tree of gourd to grow above him; and We sent him to a hundred thousand (folk) or more. And they believed, therefore We gave them comfort for a while. Surah 37.239-148.
Cerita ini agak terputus-putus kerana tiada urutan peristiwa-peristiwa yang menunjukkan bagaimana setiap kejadian berhubung kait dengan kejadian yang seterusnya. Hanya kitab Yunus di dalam Al-Kitab yang memberi kesinambungan seluruh kisah itu. Nabi Yunus bersetuju mengambil undi bersama-sama kemudi-kemudi kapal yang lain untuk mengenalpasti siapakah yang menjadi sebab ribut yang melanda yang hampir melemaskan mereka. Undi itu jatuh ke atasnya dan dia telah dibuang ke dalam laut seterusnya ditelah oleh ikan besar. Selepas tiga hari, ikan itu telah memuntahkannya ke atas tanah dan dia pun menuju ke bandar Niniwe, dengan perisytiharan bahawa bandar itu akan dimusnah dalam empat puluh hari.

Peristiwa yang kedua ialah pertaubatan seluruh penduduk kota itu, dari rajanya kepada hambanya, apabila mereka mendengar amaran dahsyat itu. Kejutnya, Nabi Yunus marah apabila dia nampak penduduk kota bertaubat kerana dia tahu Allah memang pengasih dan mungkin akan memaafkan bandar itu. Sebagai orang Yahudi yang patriotik, dia telah berharap untuk kemusnahannya kerana ianya bandar utama kerajaan Asyur dan merupakan satu ancaman kepada keselamatan penduduk Israel. Dalam kepanasan yang terik, dia telah menunggu dan mengharapkan kebinasaannya, lalu Allah menumbuhkan sejenis tumbuhan yang memberi naungan dan teduh kepada Nabi Yunus. Tetapi pada hari berikutnya, Allah perintah seekor ulat untuk melayukan pokok itu. Nabi Yunus marah kerana hal ini, tetapi Allah berfirman kepadanya:

Tanaman ini tumbuh dalam satu malam saja, dan layu pada hari berikutnya; engkau sama sekali tidak menumbuhkannya atau memeliharanya. Walaupun begitu, engkau berasa kasihan kepada tanaman ini. Aku pasti lebih kasihan kepada Niniwe, kota yang besar itu kerana di situ terdapat lebih daripada 120,000 orang anak ang tidak tahu memberzakan apa yang baik dan apa yang jahat, dan juga banyak sekali binatang. Yunus 4.10-11
Peristiwa kedua yang penting ini, iaitu pertaubatan seluruh kota Niniwe, lebih menakjubkan apabila kita menfaktorkan bahawa orang Asyur tidak kenal dan tidak takut akan Allah dan tidak mempunyai sebab jelas kenapa mereka harus mentaati firman dan amaran yang dibawa oleh Nabi Yunus. Tiada mukjizat bahawa kota itu akan dibinasakan dalam empat puluh hari sebagaimana dikhabarkan Yunus kerana kehidupan seharian berjalan seperti biasa tanpa sebarang tanda dalam perubahan cuaca atau bencana-bencana yang akan menandakan hampirnya sebarang bahaya.

Tiada awan ribut yang berkumpul di atas kota itu seperti yang berlaku di zaman nabi Nuh semasa bah besar melanda bumi. Niniwe ialah bandar kuat dan tidak berada di bawah sebarang ancaman peperangan. Apa yang didengari oleh kota itu hanyalah suara seorang nabi Yahudi yang datang mengisytiharkan: Empat puluh hari lagi, Niniwe akan dihancurkan.” (Yunus 3.4)

Kita sering nampak kartun orang tua-tua membawa tanda-tanda “Dunia akan berakhir hari ini” dan mereka itu satu sumber ejekan apabila mereka muncul di jalanraya dengan mesej-mesej sebegini. Memang orang Niniwe mungkin telah menganggap bahawa nabi Yunus sama seperti orang tua-tua itu dan senyum sinis ke atas usahanya, dan mungkin menjadi lebih keras kepala ke atas kandungan amaran-amarannya.

Apabila rasul Paulus melawat kota Athens, dia telah diterima dengan cara sebegitu. Sebagai balasan kepada khutbah-khutbahnya, ada sesetengah yang berkata, “Orang ini tahu apa?” (Kisah Para Rasul 17.18). Penduduk Niniwe yang mendengar nabi Yunus mungkin telah berpendapat sebagaimana orang Athens melayan rasul Paulus, “Nampaknya dia bercakap tentang dewa bangsa asing” (Kisah Para Rasul 17.18). Sebaliknya kita menemui bahawa:

Penduduk Niniwe percaya kepada perkhabaran Allah itu. Segenap rakyat mengambil keputusan untuk berpuasa, dan semua orang, baik yang kaya mahupun yang miskin, memakan kain guin untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka. (Yunus 3.5)
Dari tahkta raja sehingga yang paling rendah sekali di kalangan rakyat biasa, beratus ribu penduduk Niniwe memandang serius amaran nabi Yunus, bertaubat dengan kuat sekali, dan mahu mengubah penghakiman yang bakal tiba ke atas bandar mereka. Yunus tidak berhasrat untuk meyakinkan mereka mengenai kebenaran amarannya yang serba ringkas dan mudah – dia hanya menyatakan sebagai satu hakikat. Dia juga tidak memberi sebarang jaminan bahawa Allah akan memaafkan mereka jika mereka bertaubat. Adalah bertentangan dengan hasrat dan niatnya supaya bandar itu akan dibinasakan samada orang Niniwe percayakan dia atau tidak.

Jadi kenapa seluruh kota itu bertaubat dengan harapan Allah tidak akan membinasakan mereka? (Yunus 3.9). Para sejarahwan Yahudi tertarik kepada kisah ini dan membuat kesimpulan bahawa jawapannya yang satu ialah, bahawa penduduk Niniwe tahu bahawa Yunus ditelan ikan sebagai penghakiman Allah ke atas kedegilannya, dan tahu bahawa dalam keadaan biasa Yunus sudah tentu mati tetapi Allah telah mengekalkan nyawanya dan membebaskannya dari perut ikan besar itu pada hari ketiga. Hanya ini sahajalah yang dapat menerangkan keseriusan penduduk Niniwe mendengar nabi Yunus dan harapan mereka terhadap kasih Allah sekiranya mereka bertaubat.

Para sejarahwan Yahudi berpendapat bahawa orang Niniwe percaya sekiranya Allah melayan nabi-nabi yang dikasihi-Nya dengan dahsyat sekali apabila mereka melanggar-Nya, apakah yang boleh diharapkan apabila seluruh kota itu benci akan Allah dan berada di bawah ikatan dosa?

Pendapat orang Yahudi betul. Hazrat Isa mengesahkan bahawa pertaubatan Niniwe datang kerana pengetahuan mereka mengenai penderitaan Nabi Yunus. Dengan jelas dia berkata:

Sebagaimana Nabi Yunus menjadi satu tanda bagi penduduk kota Niniwe, demikian juga Anak Manusia akan menjadi satu tanda bagi orang zaman ini. (Lukas 11.30)
Dengan kata-kata ini, Hazrat Isa mengesahkan kebenaran kisah pengalaman Nabi Yunus dan pertaubatan kota Niniwe dan mengesahkan bahawa kisah ini adalah sejarah. Pada masa yang sama dia juga memberi sokongan kepada teori bahawa orang Niniwe telah dengar mengenai penderitaan dan penyelamatan Nabi Yunus dan akibatnya, menerima pesanannya dengan begitu serius, dengan harapan penyelamatan yang sama dalam perubahan mereka dari kejahatan dalam pertaubatan kepada Allah. Dengan berkata bahawa Nabi Yunus menjadi satu tanda kepada penduduk kota Niniwe, dia menjelaskan bahawa kota itu tahu mengenai layanan Allah terhadap nabi yang degil itu. Ini menjelaskan keazaman orang Niniwe apabila mereka bertaubat di depan Allah.

Bukannya niat Hazrat Isa untuk mengesahkan spekulasi orang Yahudi. Dia ingin menunjukkan bahawa apa yang telah berlaku ketika zaman Nabi Yunus dan susulannya boleh berlaku kepada orang Israel dalam zamannya dan tanda yang hampir serupa akan diberi, yang akan membuka jalan kepada penyelamatan sesiapa yang menerimanya dan kemusnahan kepada mereka yang tidak.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s